Thursday, February 17, 2011

tripoli - Peninggalan sejarah Silam


Nama "Libya" berasal daripada bahasa Mesir iaitu "Lebu", yang merupakan sebutan bagi orang-orang Berber yang tinggal di sebelah barat Sungai Nil, dan dipinjam oleh bahasa Yunani sebagai "Libya". Pada zaman Yunani kuno, istilah ini mempunyai erti yang lebih luas, yang mencakupi seluruh Afrika Utara di sebelah barat Mesir, dan kadang-kadang juga ditujukan untuk seluruh benua Afrika.
Libya adalah sebuah kerajaan yang didirikan pada 24 Disember 1951. Raja Indris I bertindak sebagai pemimpin pemerintahan. Itali telah mencuba untuk merebut Libya dari Turki dan menjadikannya wilayah jajahan. Tetapi, negara yang berbatasan dengan Laut Tengah ini mendapat kemerdekaan dan kebebasan setelah Itali menyerah kalah kepada Sekutu dalam Perang Dunia Kedua. Libya adalah negara yang mempunyai Gross Domestic Products yang tertinggi di Afrika, disebabkan oleh kawasan simpanan petroleumnya yang besar.

Tripoli adalah ibu negara sekaligus bandar terbesar Libya. Tripoli terletak di bahagian barat laut negara Islam itu, tempatnya di penghujung Laut Tengah. Penduduknya berjumlah 1,150,000 orang pada tahun (2003).

No comments:

Post a Comment