Monday, February 21, 2011

Tripoli (Libya)

Kami di sebuah negara yang dulunya dikuasai oleh orang Eopah. Serpihan batu yang berserakan, gumpalan bukit-bukit kecil yang berjajara, melukiskan berbagai ragam bentuk peninggalan Romawi kuno yang hingga saat ini masih di pelihara, bahkan dijadikan sebagai tempat rekreasi utama bagi para pendatang. Perjalanan sejarah terus mengajak manusia untuk selalu aktif mencari data kebenaran dari setiap kejadian, kali ini penulis berusaha menuangkan data sejarah Libya secara ringkas,  walaupun masih terdapat kekurangan yang lazim dilengkapi. Data ini nantinya akan mengungkap sekelumit kejadian yang telah dan sedang berlangsung di Libya, serta memberikan gambaran kepada para pembaca akan keadaan nyata kehidupan rakyat Libya, penulis ucapkan selamat membaca..

Sunday, February 20, 2011

Anak-anak pengikat kasih dan penyambung zuriat

Anak-anak adalah anugerah dan juga amanah Allah bagi sebuah keluarga yang bahagia. Tanggung jawab mendidik adalah satu tanggung jawab yang semesti nya di pikul oleh kedua ibu bapa nya, mendidik dan menghantar ke sekolah bertujuan untuk men dedahkan anak- anak dengan ilmu dunia dan akhirat. Anak umpama kain yang putih, ibu bapalah yang akan menentukan samada ia islam, yahudi atau nasrani. Pendidikan yang menyeluruh bukan hanya setakat ilmu dunia sahaja namun didikan ugama adalah yang tersanagt penting. Seperti mana Sabda Rasullullah bahawa Apabila seorang itu maeninggal dunia, maka terputuslah ia dengan pahla dari dunia kecuali 3, anak yang soleh, amal jariah masa hidup dan ilmu yang di manfaatkan oleh orang lain. Anak yang dididik dengan ilmu agamalah yang akan menolong kedua ibubapanya semasa ibubapanya di alam barzah sehinggalah hari kiamat.. Wallahua A'lam.

Saturday, February 19, 2011

Selamat Menyambut Maulidul Rasul

5 Keistimewaan Nabi Muhammad Shalallahu’alaihi wasallam

  1. Semua Nabi sebelum Nabi Muhammad Shalallahu’alaihi wasallam diutus hanya kepada kaumnya, sedangkan Nabi Muhammad Shalallahu’alaihi wasallam diutus kepada seluruh umat alam semesta.
  2. Dihalalkannya harta rampasan perang, dimana kaum sebelumnya masih diharamkan mengambilnya.
  3. Bumi sebagai tempat sholat dan untuk bersuci. Yaitu sebagai masjid dimanapun manusia berada dan dibolehkannya tayammum sebagai pengganti wudhu.
  4. Diberi kemenangan dengan membuat takut musuh selama jarak perjalanan satu bulan. Allah akan menggetarkan hati semua musuh Allah dan Nabi-Nya walaupun pasukan Islam belum ada di hadapan mereka dan masih ada dalam perjalanan yang berjarak 1 bulan.
  5. Diberi syafa’at. Nabi Muhammad Shalallahu’alaihi wasallam adalah yang pertama kali membuka pintu surga dan kaumnya juga adalah yang pertama kali masuk surga. Dan beliau Shalallahu’alaihi wasallam juga akan membanggakan jumlah umatnya yang lebih banyak daripada pengikut Nabi-Nabi yang lain di hari kiamat kelak. Syafa’at beliau Shalallahu’alaihi wasallam akan digunakan untuk memberi pengampunan kepada umatnya sesuai dengan kehendak Allah.
 12 Rabiul Awwal 1432 hari keputraan Junjungan besar Nabi kita Muhammad SAW

Kelebihan solat di Makkah (Mecca)

*Maksudnya: Daripada Abdullah bin al-Zubair berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Solat di masjidku ini (Masjid nabawi) lebih baik daripada 1000 kali solat di masjid lain kecuali Masjidilharam, solat di Masjidilharam lebih afdal daripada 100 kali solat di masjidku ini (iaitu 100 ribu kali di masjid lain).”

Disebut dalam riwayat lain: “Solat di Baitulmaqdis pahalanya 500 kali ganda daripada masjid lain.”
Sekali bersolat di masjidilharam Makkah pahalanya ialah sama dengan solat di tempat lain (selain Masjid Madinah dan Baitulmaqdis) selama 55 tahun, 6 bulan dan 22 hari. Solat sehari semalam (5 waktu) pahalanya sama dengan solat selama 277 tahun, 9 bulan dan 10 hari. Banyak lagi hadis yang menyebut tetang fadilat-fadilat (fadhail) Makkah, pembaca disarankan agar merujuk kitab dan lainnya.

Thursday, February 17, 2011

tripoli - Peninggalan sejarah Silam


Nama "Libya" berasal daripada bahasa Mesir iaitu "Lebu", yang merupakan sebutan bagi orang-orang Berber yang tinggal di sebelah barat Sungai Nil, dan dipinjam oleh bahasa Yunani sebagai "Libya". Pada zaman Yunani kuno, istilah ini mempunyai erti yang lebih luas, yang mencakupi seluruh Afrika Utara di sebelah barat Mesir, dan kadang-kadang juga ditujukan untuk seluruh benua Afrika.
Libya adalah sebuah kerajaan yang didirikan pada 24 Disember 1951. Raja Indris I bertindak sebagai pemimpin pemerintahan. Itali telah mencuba untuk merebut Libya dari Turki dan menjadikannya wilayah jajahan. Tetapi, negara yang berbatasan dengan Laut Tengah ini mendapat kemerdekaan dan kebebasan setelah Itali menyerah kalah kepada Sekutu dalam Perang Dunia Kedua. Libya adalah negara yang mempunyai Gross Domestic Products yang tertinggi di Afrika, disebabkan oleh kawasan simpanan petroleumnya yang besar.

Tripoli adalah ibu negara sekaligus bandar terbesar Libya. Tripoli terletak di bahagian barat laut negara Islam itu, tempatnya di penghujung Laut Tengah. Penduduknya berjumlah 1,150,000 orang pada tahun (2003).

Taif

 
Perjalanan ke Taif dari Makkah memakan masa 2 jam.. macam biasa dilewatkan oleh polis di cek point.. Seawal jam 7.30am kami dah bersedia utk melawat ke satu daerah paling subur di saudi arabia iaitu Taif.. Taif terkenal dgn kawasan sejuk dan tanaman yg subur.. kali ni kami pergi dgn 1 kereta,  tiba di Taif sudah nampak kesuburan tanahnya.. banyak bunga2an dan sayuran.. walaupun kelilingnya masih padang pasir.. subhanallah.. kuasa Allah..