Saturday, February 19, 2011

Kelebihan solat di Makkah (Mecca)

*Maksudnya: Daripada Abdullah bin al-Zubair berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Solat di masjidku ini (Masjid nabawi) lebih baik daripada 1000 kali solat di masjid lain kecuali Masjidilharam, solat di Masjidilharam lebih afdal daripada 100 kali solat di masjidku ini (iaitu 100 ribu kali di masjid lain).”

Disebut dalam riwayat lain: “Solat di Baitulmaqdis pahalanya 500 kali ganda daripada masjid lain.”
Sekali bersolat di masjidilharam Makkah pahalanya ialah sama dengan solat di tempat lain (selain Masjid Madinah dan Baitulmaqdis) selama 55 tahun, 6 bulan dan 22 hari. Solat sehari semalam (5 waktu) pahalanya sama dengan solat selama 277 tahun, 9 bulan dan 10 hari. Banyak lagi hadis yang menyebut tetang fadilat-fadilat (fadhail) Makkah, pembaca disarankan agar merujuk kitab dan lainnya.

No comments:

Post a Comment